berita

[VIDEO] Diumpan ‘Delivery’ Hamper, Lelaki Disimbah Asid Depan Rumah

February 25th, 2020 | by faris
Video Popular

Berselindung kononnya mahu menghantar hamper, seorang anggota polis tercedera dalam satu kejadian simbahan asid oleh seorang lelaki tidak dikenali. Kejadian itu dirakamkan kamera litar tertutup dan viral di laman Facebook Warga Kuantan.

Umpan hamper

Bertempat di IM 8/42, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota Kuantan, mangsa yang dipercayai merupakan anggota D7 IPK Pahang telah didatangi suspek yang menaiki motosikal. Berkemungkinan curiga dengan hamper yang dihantar kepadanya, mangsa dilihat bercakap-cakap dengan suspek.

Ketika kejadian, suspek memakai sut biru dengan topi keledar membuatkan identitinya sukar dikenalpasti. Setelah mangsa hampir beredar dengan hamper, suspek menyimbah asid ke arah mangsa. Mangsa bagaimanapun sempat melindungi diri dengan hamper di tangannya.

Cubaan mengejar suspek bagaimanapun tidak berhasil. Menurut status Facebook di page Warga Kuantan berkenaan, mangsa dikatakan melecur di tangan, dada dan belakang tengkuk. Mangsa dibawa ke Kuantan Medical Centre untuk rawatan.

Sumber: Warga Kuantan

SKIP THIS AD ×