Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril, berkongsi rasa terkejut selepas mendapati bacaan kolesterolnya meningkat ketika menjalani ujian darah baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Dr Say Kongsi Nasihat Ibu Mentua – ‘Jangan Cerita Masalah Rumah Tangga Dekat Orang Luar’

Artikel Berkaitan: Dr Say Kurang Setuju Pasangan Suami Isteri ‘Sleep Divorce’ – ‘Takut Lama Kelamaan Jadi Selesa & Biasa’

Terduduk

Menerusi perkongsian video itu, Dr Say berkata setiap tahun dia tidak pernah lupa menjalani ujian darah untuk memantau tahap kesihatannya.

Bagaimanapun pada kali ini, dia tergamam apabila mendapati bacaan kolesterolnya melonjak tinggi.

Secara umumnya, sel darah merah, sel darah putih, status hati air kencing, status gula yang saya sedikit takut pun alhamdulillah okay sebab mak saya ada kencing manis.

Status buah pinggang yang saya takut sekarang sebab saya berada di tahap dua kronik kidney disease alhamdulillah masih di tahap dua tidak teruk.

Yang makin teruk adalah kolesterol saya. Jumlah kolesterol normal adalah <5.2 tetapi saya punya 7.7.

Saya terduduk teruk sebab tahun lepas bacaannya 7 dan tahun ni dah naik 7.7 walaupun hampir setiap hari melakukan larian dan latihan hyrox.

Kata Dr Say, penampilan fizikal yang fit tidak semestinya mencerminkan kesihatan dalaman yang optimum.

Jadi apa yang saya kena buat sekarang adalah makan ubat kolesterol. Tahun 2024 saya ada makan ubat kolesterol untuk berapa ketika dan mungkin sebab itu bacaan saya cantik.

Kolesterol saya ni disebabkan faktor genetik, bukan gaya hidup yang tidak sihat.

Secara ringkas, badan yang fit, bersenam setiap hari, atau memiliki six pack tidak bermakna kita sepenuhnya sihat.

Sumber: Threads