Gelagat antara usahawan terkenal Datuk Seri Vida bersama pengacara Roslan Shah sejak kebelakangan ini sering mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Roslan Shah Tutup DSV Dengan Plastik Hitam Bikin Netizen Berdekah – ‘Tak Jadi Nak Takut, Sakit Perut Gelak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adi Putra Join Roslan Shah Sertai Aktiviti Paranormal, Netizen Risau – ‘Tolong Jangan Rosakkan Dia’

Belanja Cik Lan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dengan berbesar hati membeli sebuah telefon bimbit baharu untuk Roslan yang berharga RM7,799.

Roslan atau mesra disapa Cik Lan itu kemudian berterima kasih kepada Vida kerana sudi menghadiahkannya telefon bimbit tersebut.

Terima kasih, Alhamdulillah dapat kikis duit Datuk..saya bergurau sahaja.

Datuk belikan saya telefon ini kerana keikhlasan dia bukan saya mengambil kesempatan.

Kalau ada jodoh kami kahwin, kalau tak ada kami bersahabat.

Tapi Datuk terlalu kaya, saya tak kaya sangat.

Usikan netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ushawan berusia 54 tahun itu yang disifatkan pemurah dan berkongsi rezeki dengan sahabatnya.

Dalam nada seloroh, warganet juga merestui andai Vida dan Cik Lan berjodohan.

Terdahulu, telatah Vida dan Cik Lan telah mencuit hati warganet ketika mereka bersama-sama melakukan aktiviti paranormal baru-baru ini.

Sumber: TikTok DSV