berita

[VIDEO] Dua Ahli Parlimen BN Hampir Bertumbuk, Siap Panggil Bod*h & Banga*g

November 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kini sedang berlangsungnya sidang parlimen bagi membolehkan kesemua menteri dan ahli-ahli parlimen mengemukakan usul serta membahaskan isu semasa demi kepentingan rakyat. Bagaimanapun, hari ini parlimen kecoh apabila dua ahli parlimen dari blok pembangkang bertikam lidah sesama sendiri.

Pertengkaran itu membabitkan ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dari Barisan Nasional.

Keluar kata-kata kesat

Menerusi laporan Free Malaysia Today, kedua-dua ahli parlimen tersebut bertikam lidah sambil kedengaran mengeluarkan perkataan kurang sopan iaitu bod*h dan banga*g antara satu sama lain di lobi parlimen.

Kejadian dikatakan bermula apabila Ismail memarahi Tajuddin dengan mengeluarkan kata-kata kesat tersebut di hadapan puluhan petugas media dan pegawai parlimen.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua ahli parlimen tersebut juga saling mencabar antara satu sama lain untuk bergaduh dan bertumbuk. Bagaimanapun pertengkaran antara mereka berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan parlimen.

Pada ketika itu, petugas media dikatakan sedang menemubual Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan terpinga-pinga selepas melihat insiden berkenaan.

Tak puas hati

Ismail dalam kekalutan itu sempat menjelaskan kepada media bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Tajuddin yang didakwa menularkan satu gambar rakannya menziarahi anaknya yang sakit.

Menurutnya, gambar itu dijadikan isu kononnya beliau membuat satu pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain.

Gambar kawan-kawan saya ziarah anak saya, dijadikan isu kata saya buat pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain. Mana boleh, tak betul.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa kemudian dikatakan cuba menenangkan kedua-dua ahli parlimen tersebut malah beliau juga difahamkan turut membawa Ismail untuk bertemu Tajuddin di Menara Parlimen.

Tajuddin ketika ditemui media berkata pertelingkahan tersebut sudah diselesaikan dan tiada perkara serius yang berlaku sebaliknya hanya salah faham antara mereka.

Sumber: Free Malaysia Today, Harian Metro

SKIP THIS AD ×