Selain daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, jiran merupakan orang terdekat yang dapat membantu ketika dilanda kesusahan. Namun, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik akan menimbulkan perselisihan faham sekaligus mengakibatkan perhubungan menjadi negatif.
Melalui laman Komuniti Kuantan, sebuah video berdurasi 1:34 minit menunjukkan beberapa orang dipercayai jiran saling bergaduh. Apa yang mengejutkan, salah seorang mengeluarkan pedang samurai!
Saling ejek mengejek?
https://www.facebook.com/helmi.saifuldin.9/videos/1953875018274480/
Siap samurai horr..jeng palerr mikir,keh3
Kejadian d paka katanya..
Menerusi video yang viral di laman facebook beberapa jam lalu, kelihatan dua buah keluarga saling bertikam lidah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat antara satu sama lain. Namun setakat ini, punca perbalahan masih belum diketahui.
Tambah mengeruhkan keadaan apabila salah seorang individu mengeluarkan pedang samurai sambil menghalanya ke arah individu lain. Di ruangan komen ramai yang terkejut melihat insiden yang dianggap memalukan tersebut.
Komen netizen
Sumber : Komuniti Kuantan