berita

[VIDEO] Dua Motorsikal Bertembung, Langgar Bahagian Belakang Kereta

October 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Video Popular

Hampir setiap hari, ada sahaja kisah membabitkan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menyusahkan pengguna lain. Meskipun sudah banyak berita dilaporkan, ia seolah-olah tidak diambil peduli sesetengah daripada mereka yang masih bersikap ‘besar kepala’ sehingga ‘tanpa sengaja’ menyebabkan kemalangan di atas jalan.

Terbaru, tular di Facebook kemalangan membabitkan dua pembonceng motorsikal yang bertembung di antara satu sama lain dan mengakibatkan salah seorangnya terjatuh sehingga perlu dibantu orang ramai.

Larikan diri

https://www.facebook.com/farish.amir.3/videos/3063735247032576/?t=45

Menerusi video berdurasi 01:20 saat yang dikongsikan pengguna Facebook Farish Amir ini, sebuah motor jenis Kawasaki dilihat keluar secara tiba-tiba sebelum dilanggar motorsikal lain.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pembonceng motor Kawasaki itu dikatakan tidak menoleh ke belakang dahulu sebelum masuk ke laluan itu.

Malah tanpa disedari, pembonceng motor Kawasaki itu kemudiannya dilihat telah melarikan diri dengan tidak memberhentikan motornya bagi membantu dan berbincang tentang kemalangan tersebut bersama mangsa.

Pelbagai reaksi

Ternyata, video itu telah mengundang banyak reaksi berbeza daripada netizen yang menontonnya. Sebahagian daripada mereka menganggap kemalangan itu berlaku disebabkan kesalahan mangsa yang membonceng motornya dengan terlalu laju.

Bagaimanapun, sebahagian daripada netizen juga menyalahkan pembonceng motor Kawasaki itu dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadapnya yang bertindak melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan.

Sumber: Facebook Farish Amir

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×