berita

[VIDEO] Dua Pengunjung Fun Fair Trauma, Kerusi Permainan Tiba-Tiba Tercabut Ketika Berpusing Laju

January 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kegembiraan dua orang pengunjung taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina bertukar menjadi suatu tragedi yang ngeri apabila mereka tercampak keluar daripada kerusi permainan yang mereka naiki.

Menerusi laporan Astro Awani, kejadian yang berlaku pada Ahad malam itu, membuatkan kedua-dua mangsa menjadi trauma dan mengalami kecederaan.

Kerusi permainan tercabut

Menerusi video berdurasi 1:45 saat, permainan yang dikenali sebagai ‘Spiral Jet’ itu kelihatan berpusing dalam keadaan yang perlahan terlebih dahulu, sebelum ianya bertukar menjadi lebih laju dan membuatkan pengunjung yang menaiki permainan tersebut merasai keseronokan. Namun, keseronokan tersebut berhenti seketika apabila salah satu kerusi permainan itu tercabut dan salah seorang daripada pengunjung tercampak keluar.

Sejurus kejadian tersebut berlaku, kakitangan yang bertugas di kawasan karnival berkenaan memberi bantuan dan segera memberhentikan permainan itu. Menurut pengendali karnival, pihak mereka bersedia membayar ganti rugi serta bil perubatan hospital yang ditanggung mangsa serta bertanggungjawab mengenai insiden berkenaan.

Never assume anything would be fine

Ekoran daripada kejadian itu, netizen memberi pandangan mereka terhadap karnival seperti berikut. Rata-rata netizen memohon pihak penganjur lebih mengutamakan keselamatan pengunjung berbanding mengaut keuntungan semata-mata.

Sumber: Astro Awani & Jerwin Lara Dimaisip

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.