berita

[VIDEO] Dua Tahun ‘Sangkut’ Di Singapura, Jururawat Ini Sebak Dapat Balik Kampung Selepas Perangi Covid-19

November 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seluruh dunia diduga dengan pandemik Covid-19 yang membuatkan kita terpaksa memendam hasrat untuk pulang ke kampung halaman selama dua tahun.

Selepas aktiviti rentas negeri dan sempadan dibuka, satu nikmat tidak terkata apabila dapat bersua dengan ibu bapa dan ahli keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Boleh Balik Kampung, Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

Dua tahun ‘sangkut’ di Singapura

Seorang jururawat yang bertugas di Singapura berkongsi momen gembira apabila dapat pulang ke tanah air, Malaysia, selepas bergelut melawan virus merbahaya itu.

Memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya, Tracy teruja namun dalam masa sama berasa tidak percaya apabila dia dapat mengharungi detik menakutkan tanpa keluarga di sisi.

Tidak dapat menahan air mata ketika berada dalam kapal terbang, Tracy akui bukan mudah menjadi barisan hadapan (frontliner). Selamat mendarat di lapangan terbang Miri, Sarawak, Tracy kini sedang menjalani tempoh kuarantin.

Terima kasih atas pengorbanan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengucapkan terima kasih kepada Tracy atas kerja keras yang telah dilakukan.

Di samping itu, ada juga segelintir yang berasa terharu dengan ucapan yang diungkapkan oleh juruterbang.

To all Malaysians, welcome home.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat hampir 600,000 tontonan dan 2440 komen.

Sumber: @trcyjntm

SKIP THIS AD ×