Foto: Tangkap layar video
Sedar tak sedar hari ini, merupakan hari ke-19 umat Islam menyambut bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan. Namun, terdapat satu insiden yang cukup meruntun hati apabila khemah peniaga bazar Ramadan diterbangkan angin setinggi kira-kira 50 meter.
Video tersebut bagaimanapun, tular di laman sosial dan meraih simpati daripada warganet.
Video kejadian
Tapak bazaar meru. Allahuakbar kedai mak saya khemah patah terbang. Meja kerusi rosak. Ya allah semoga dipermudahkan. Sedihnya ? pic.twitter.com/9Z6Vh7Zw4V
— Syrul ?? (@syrulezwan) April 30, 2021
Menerusi video yang dikongsi seorang lelaki berdurasi 30 saat itu, memaparkan khemah peniaga yang diterbangkan berikutan angin kencang serta hujan lebat. Jelas lelaki itu, kedai ibu bapanya telah mengalami kerugian susulan kejadian itu.
Lapor Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di sebuah bazar Ramadan di hadapan Masjid Asy-Syarif, Meru telah mengakibatkan beberapa khemah serta barang jualan peniaga rosak. Ujar Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman pihaknya mengesahkan akan kejadian tersebut apabila dihubungi.
Ada (kejadian angin kencang) tetapi tiada laporan diterima bomba setakat ini.
Prihatin dengan apa yang telah terjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menerusi satu posting di laman Facebook, menjelaskan akan membantu peniaga yang terjejas.
Ribut melanda Meru dan bazar Ramadan antara yang teruk terjejas. Doakan tiada yang serius. Saya akan usahakan mana yang boleh untuk bantu mereka yang terjejas.
Semoga dimurahkan rezeki
Sumber: Harian Metro & Syrul