berita

[VIDEO] Dugaan Ramadan Menunjukkan Betapa Indahnya Ramadan…

May 10th, 2019 | by Mastura
Sponsored Post

Cepatnya masa berlalu sampai tak sedar bulan Ramadan dah tiba. Bulan yang mulia dan penuh berkat bagi umat Islam. Pada bulan inilah kita digalak memperbanyakkan amal ibadat bagi mencari keredaan Allah.

Tapi dalam kita berpuasa, kita turut dituntut untuk menahan nafsu dan sentiasa bersabar jika dugaan melanda. Kalau berpuasa tanpa dugaan tak mencabar la kan? Bila ditimpa dugaan, cuba korang perhatikan sekeliling dan renungkan cukup peritkah dugaan korang kalau nak dibandingkan dengan orang lain?

Liku kehidupan mengharungi Dugaan Ramadan

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, McDonald’s nak mengajak korang menonton satu video pendek bertajuk Dugaan Ramadan agar korang lebih menghayati indahnya bulan Ramadan kali ni.

Apa yang menariknya, video ini ia berkisar tentang seorang penghantar McDelivery yang sedang berpuasa di dalam melaksanakan tugas hariannya.

Pada awalnya, penghantar McDelivery ni rasa tugas dia sebagai penghantar makanan dah cukup berat. Tambahan pula, dia sedang berpuasa dan perlu menunggang motosikal di bawah terik mentari. Perasaan dahaga dan letih sentiasa bermain difikiran Tapi sepanjang perjalanannya, dia melihat ada pekerjaan lain yang lebih sukar kalau nak dibandingkan dengan cabaran yang dia lalui.

Antara keperitan yang penghantar McDelivery temui adalah pakcik tua penghantar tong gas. Pak cik ni terpaksa mengangkat tong gas menggunakan tangga sebab lif rosak, namun tiada keluh kesah kerana ianya sudah menjadi satu tugas, satu amanah. Kontraktor di kawasan pembinaan, walau berdepan terik mentari dan habuk jalanan, mereka tetap meneruskan pekerjaan berat walaupun sedang berpuasa.Ini semua liku kehidupan, cabarannya datang berganda di bulan Ramadan.

Kadang-kadang kita selalu rasa dugaan yang Tuhan timpakan pada kita dah cukup payah sampai kadang-kala kita tak sedar bahawa sebenarnya ada orang yang diuji lebih berat daripada kita. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Lebih hebatnya ujian, lebih indah Ramadan..

Kalau asyik merungut dengan ujian dan dugaan pon tak guna juga. So, Ramadan kali ni pastikan korang pasang tekad untuk diberikan keazaman dan semangat untuk mencapai apa jugak goals korang di bulan yang mulia ni.

Jangan lupa sematkan juga azam untuk perbaiki amal ibadah ya. Yelah, Ramadan kan datang setahun sekali. Nak lagi feeling, nah min belanja video penuh Dugaan Ramadan ni. Memang menusuk babe!

Jemput berbuka puasa dengan hidangan istimewa McDonald’s

Dah penat seharian berpuasa tu korang mesti sibuk fikir nak makan apa kan? Haa.. Apa kata korang cuba hidangan istimewa Ramadan daripada McDonald’s iaitu Foldover Ayam – dua kepingan ayam empuk digril, dengan sos istimewa baharu, salad segar dan diapit roti pita ataupun set Nasi McD yang hadir bersama Ayam Goreng McD yang rangup, coleslaw dan kuah kari baharu. Pasti puas!

Nak tengok apa lagi yang ditawarkan, korang boleh terus ke laman web McDonald’s. Ada pelbagai menu istimewa. Tapi kalau korang tak sabar sangat bila tengok hidangan McDonald’s ni, korang boleh order melalui McDelivery okay. Confirm berbaloi! Jemput berbuka bersama McDonald’s.

Salam Ramadan daripada kami dan semoga Ramadan korang kali ni lebih indah!

The following two tabs change content below.