![[VIDEO] ‘Duit EPF Boleh Digunakan Untuk Mendaftar Haji’ – Tuan Haji Rafie Omar](https://asset.ohbulan.com/2025/10/tuan-haji-rafie-omar.jpg)
Perancang kewangan syariah berdaftar, Tuan Haji Rafie Omar, menjelaskan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh digunakan bagi tujuan menunaikan haji.
Artikel Berkaitan: Bebas Penyakit Berjangkit, Ini Antara Syarat Kesihatan Jemaah Haji Musim 1447H/2026M
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000 Daripada Agensi Umrah & Haji – ‘Nantikan Surat Peguam’
KWSP
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Haji Rafie memaklumkan jumlah wang yang diperlukan bagi mendaftar haji adalah RM1,300.
Kalau kita ada duit EPF, boleh digunakan RM1,300 untuk hantar ke tabung haji.
Duit itu akan dipindahkan. Ramai orang tak tahu perkara ini.
RM1,300 boleh dikeluarkan untuk daftar haji.
Daftarlah sekarang. Kita cerita tentang daftar ini untuk dapat giliran pergi haji.
Pergi haji kena daftar
Dalam pada itu, Haji Rafie menitipkan pesanan agar orang ramai mendaftar untuk menunggu giliran menunaikan ibadah haji.
Ujarnya, ramai orang hanya membuka akaun namun tidak mendaftar.
Bagi pihak tabung haji, saya suka untuk beritahu anda kena daftar untuk pergi haji.
Ianya bukan automatik. Ada akaun, kena daftar.
Itu banyak orang terlupa.
Sumber: TikTok @ArRasyidinAcademy