Usahawan terkenal, Datin Shahida berkongsi tentang pengalaman dirinya ketika berdepan dengan kesusahan hidup.

Artikel Berkaitan: Ammar Ahyan Didakwa Tak Ikut Protokol, Shahida Beri Penjelasan – ‘Dia Nervous Sebab Jadi Yang Pertama Dipanggil’

Artikel Berkaitan: Shahida Terkejut Lebih 1,000 Orang Berpanasan Datang Temuduga Di Wisma D’Herbs – ‘Semua Hebat Belaka’

Dipandang rendah

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid mendedahkan, dia pernah dipandang rendah oleh seseorang, malah individu tersebut tidak mahu berjabat tangan untuk bersalaman.

Dia tak nak salam pun dengan saya, tapi dengan orang yang berpangkat dia nak salam.

Memang wujud orang yang suka memandang rendah pada orang lain.

Bagaimanapun, individu itu berubah sikap selepas mengetahui Shahida dan keluarga telah berjaya dalam perniagaan mereka.

Dulu nak salam dia buat-buat tak nampak, sekarang ini kau sibuk cari.

Tiba-tiba dia tanya, ‘kenal tak saya?’

Sekarang ini mengaku terpaling rapat.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat ibu kepada enam orang anak tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga turut berkongsi kisah dan perasaan yang serupa apabila diperlakukan seperti itu.

Sumber: TikTok