![[VIDEO] Dynas Mokhtar Saran Beri Watak Pada Pelakon Berbakat Berbanding Rupa Paras – ‘Suruh Menangis Tapi Tak Boleh’](https://media.ohbulan.com/2025/03/dynas-mokhtar-2.jpg)

Pelakon jelita, Dynas Mokhtar menyifatkan pemilihan watak hero atau heroin perlu diberikan kepada yang berbakat berbanding hanya menjual rupa paras semata-mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dynas Mokhtar Suka Tengok Kemesraan Bella & Syed Saddiq, Sempat Usik – ‘Comelkan Kalau Ada Hubungan? Ibarat Yin & Yang’
Artikel Berkaitan: Dynas Mokhtar Hampir Hilang Semua Duit Dalam Bank, Minta Orang Ramai Lebih Berhati-Hati
Tak mahu cantik semata

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar itu berkata penilaian perlu dibuat berdasarkan cara mereka menjiwai watak kerana ia memberi kesan kepada keseluruhan naskhah.
Pelakon ada macam-macam jenis pelakon tetapi kegilaan netizen selalunya kepada pelakon cantik dan kacak. Kalau dapat hero buruk, mereka akan tidak ‘feel’.
Kena tengok lakonan dan tengok bagaimana seseorang itu menjiwai watak. Kena lihat bagaimana dia membawa watak itu dengan menghidupkan sesuatu cerita itu.
Bukan beri watak hero kerana paras rupa atau tular di media sosial dan akhirnya lakonan biasa sahaja.
Suruh menangis tidak boleh sedangkan skrip itu bagus. Kalau dapat dekat orang lain yang lebih pandai berlakon kan lagi best cerita itu?
Kena beri peluang

Pun begitu, pelakon Impak Maksima 2 itu berkata setiap individu perlu diberikan peluang untuk mengasah bakat selain memperbaiki kelemahan mereka.
Dynas yang juga bermula dari bawah berkata sebelum ini dia turut tidak berpengalaman namun rajin berlatih supaya kemahiran berlakon bertambah baik.
Ramai model jadi pelakon tetapi persoalannya boleh berlakon atau tidak. Memang ambil masa, awal-awal saya pun kayu sebab saya bukan orang teater dan saya memang dari bidang peragaan, jadi saya faham.
Tetapi saya buat homework, belajar dengan orang lama. Berlakon teater dan belajar teknik cara lontaran suara dengan sempurna.








