Penyanyi Eda Ezrin berkongsi pengalamannya dengan warganet ketika dia ditahan di Penjara Narathiwat, Thailand.

Artikel Berkaitan: Eddie Hamid Syukur Eda Ezrin Dibebaskan – ‘Doa Saya Ketika Umrah Dimakbulkan Allah SWT’

Artikel Berkaitan: ‘Eda Ezrin Semakin Kurus, Selalu Merintih’ – Bapa

Pengalaman Eda

@akidmeow

Eda Ezrin menceritakan pengalaman di penjara Naratthiwat,Thailand selama 9 bulan. #edaezrin #penjarathailand #fyp

♬ original sound – CIKSRI – CIKSRI

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin, 30, mendedahkan suasana harian yang dijalaninya di sebalik tirai besi selama sembilan bulan ditahan di sana.

Kipas ada, TV ada, mandi sepatutnya lapan gayung je tapi saya mandi air hujan sebab tak cukup air.

Saya gosok gigi pun macam biasa seperti di rumah.

Puasa pula yang Islam diasingkan, cuma kena ambil makanan dan tulis makanan apa yang kita nak ambil kemudian.

@akidmeow

Replying to @Rahim eda ezrin menceritakan pengalaman di dlm penjara thailand dimana 50 org di dalam 1 bilik penjara #edaezrin #penjara #penjarathailand #fyp

♬ original sound – CIKSRI – CIKSRI

Bercerita lanjut, Eda berkata banduan di sana dibenarkan untuk membeli barangan jualan yang dijaja.

Dalam itu ada orang menjual.

Yang penting ada duit dalam akaun..nak beli biskut, air bau (minyak wangi), make up.

Tambah pelantun lagu Bae Sobar Bae itu, ketika berada di penjara tersebut dia ditempatkan bersama kira-kira 50 orang banduan lain.

Satu bilik ada 50 orang tetapi bagi yang sudah dijatuhkan hukuman, mereka ke bilik lain dan jumlah tahanan akan berkurang.

Terdahulu, Eda dibebaskan pada 6 Ogos lalu selepas ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.

Sebelum itu, Eda bersama suami dan empat yang lain ditahan atas dakwaan memiliki 6,059 pil yaba (methamphetamine) pada November lalu.

Mereka kemudian dibebaskan daripada pertuduhan memiliki dadah oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac namun disabitkan dengan kesalahan mengambil dadah.

Sumber: TikTok