berita

[VIDEO] Ejen Produk Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Bersenjata

September 14th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan seorang wanita yang juga ejen produk kosmetik yang dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, petang semalam.

Ejen kosmetik diculik tiga lelaki

Mangsa iaitu Rosnazirah Mohd Naim atau lebih dikenali dengan panggilan Azi berusia 36 tahun dipercayai dilarikan tiga lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki kereta telah berhenti di hadapan rumah mangsa. Menurut waris mangsa, salah seorang daripada suspek telah mengetuk pintu rumah dan memberi salam sebelum dibuka oleh mangsa.

Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi dan dia mengiyakannya sebelum terus mengheretnya keluar untuk dimasukkan dalam kereta.

Lebih mengejutkan apabila ketiga-tiga suspek bertindak agresif dengan menunjukkan pistol kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada di dalam rumah.

Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’ menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan.

Suami cari di negara jiran

Sementara itu, daripada maklumat diperolehi, Azi dipercayai dibawa ke Pengkalan Kubor (sempadan negara) namun suaminya yang cuba menjejaki ke lokasi tersebut gagal menemuinya.

Ada penduduk mendakwa melihat seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran, manakala Toyota Vios yang dinaiki turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

Suami mangsa juga turut menjejakinya hingga ke negara jiran dan masih belum pulang sehingga ke hari ini. Apa yang kami tahu Azi tidak mempunyai musuh dan sehingga kini kami tidak menerima panggilan yang meminta wang tebusan, tapi tidak pastilah jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah memaklumkan, siasatan lanjut sedang dibuat dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Video

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×