Ketika ini negara sedang mengalami musim banjir yang teruk terutama di negeri Kelantan. Susulan itu, ramai pempengaruh dan usahawan turun padang untuk menghulurkan bantuan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Agih Dengdeng Secara Percuma Untuk Mangsa Banjir Buat Netizen Kagum – ‘Salah Satu Sebab Rezeki Dia Luas, Adab & Tak Kedekut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Lawat Mangsa Banjir Pakai Jaket Bulu & Beg Tangan Mewah Dikritik – ‘Tolong Bersederhana Dikala Kami Diuji Allah’
Ringankan beban mangsa
@elazman Dan selesai, terima kasih November untuk segala ceritanya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pengasas baju Melayu jenama Elrah Exclusive, El Azman turut ke negeri pantai timur itu membantu meringankan beban mangsa banjir.
Berdasarkan tinjauan OhBulan!, El atau nama sebenarnya Muhd Hilmi Che Azman telah ke salah sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di Tanah Merah.
Usahawan berusia 36 tahun itu bersama pasukannya menyediakan dan mengagihkan makanan serta menghulurkan sampul wang kepada mangsa.
Paling menyayat hati adalah ketika El membantu seorang warga emas untuk masuk ke dalam ambulans.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha El yang bersusah payah demi menghantar bantuan.
Dalam masa yang sama, mereka juga menyatakan sokongan penuh terhadap Elrah dan akan menyokong pakaian keluaran jenama tersebut.
Patutlah murah rezeki, bila berjaya tak lupakan orang bawah. Raya nanti memang Elrah pilihan kami, nak balas balik jasa abang.
Terima kasih El, tolong rakyat Kelantan, hanya Allah membalasnya. Semoga dimurahkan rezeki.
Jatuh air mata saya tengok pak cik tu makan sambil berdiri. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Sumber: TikTok El Azman