![[VIDEO] Elfira Loy Sebak, Seru Orang Ramai Kuasai Ilmu Mandi Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2025/06/ElfiraloyNasihatBelajarCaraMandikanJenazah.jpg)
Pelakon, Elfira Loy menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk menguasai ilmu memandikan jenazah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Diganggu Bunian Selepas Bergambar Dekat Pokok Buluh – ‘Mereka Mahu Jadikan Saya Puteri Mereka’
Belajar cara mandikan jenazah
Elfira yang tidak dapat menahan sebak memaklumkan, urusan untuk memandikan jenazah itu sangat sukar untuk dilakukan.
Oleh itu, adalah sangat digalakkan untuk seorang Muslim menguasainya.
Kalau ada nasihat dan perkara yang memberi kesan adalah, saya nak sangat orang lain belajar cara mandikan jenazah.
Saya pernah belajar dan juga pernah menjadi model jenazah dan dari situ baru saya tahu kenapa pemandi jenazah ini pahala mereka sebesar gunung Uhud sebab sangat susah nak buat.
Belajarlah sebab kalau kita ada mak dan ayah sudah tentu kita yang perlu mandikan.
Elfira berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri.
Berkongsi dengan lebih lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Syurgamu Ramadan’ berpendapat seseorang itu akan mula takut untuk melakukan kemungkaran di bumi apabila mereka mula mempelajari melakukan fardu kifayah tersebut.
Pergilah ke kelas dan saya yakin ia akan menjadi satu peralihan buat korang untuk berubah.
Bila kita mati nanti orang yang akan bersih dan mandikan kita, macam mana bersihnya kita itulah yang menandakan amal kita ini macam mana.
Dari situ jugalah kita akan terdetik dan nak tahu cara mati nanti itu nak yang bagaimana.
Subhanallah, saya rasa mereka yang pernah memandikan akan berasa takut dengan kehidupan di dunia.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Elfira dan meluahkan keinginan mereka untuk belajar cara memandikan jenazah.
Mereka juga berterima kasih kepada pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri atas nasihat dan peringatan yang sungguh menyentuh jiwa.
Sumber: TikTok








