![[VIDEO] Elisya Sandha Bakal Sertai Hyrox – ‘Bukan Fomo, Saya Memang Bersenam & Suka Cabar Diri’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/befunky_2026-7-5_10-52-55.jpg)
Pelakon Elisya Sandha memaklumkan sedang membuat persiapan sebelum menyertai acara kecergasan, Hyrox di Bangkok, Thailand yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elisya Sandha Sokong Kakak Tegur Pelakon Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Boleh Sesuka Hati Datang, Itu Kurang Ajar’
Artikel Berkaitan: Elisya Sandha ‘Prank’ Tok Sidang Jinggo Nak Pinjam Duit, Minta RM10,000 Dapat RM20,000
Sertai Hyrox

Ketika ditemui OhBulan!, Elisya atau nama lengkapnya, Nur Elisya Sandha Hassan, 27, memaklumkan dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap acara tersebut.
Untuk bulan ini saya akan berhenti seketika daripada berlakon sebab saya akan menyertai Hyrox di Bangkok pada minggu hadapan.
Jadi saya terpaksa berhenti berlakon sekejap dan berlatih untuk Hyrox, supaya nanti tidaklah pengsan bila di sana.
Tapi dalam masa yang sama saya ada dapat juga tawaran berlakon, insyaAllah bulan Oktober nanti saya akan masuk balik ke set penggambaran.
Mengulas mengenai keputusan untuk menyertai Hyrox, Elisya menegaskan bahawa dia bukan sekadar mengikut trend, sebaliknya mahu mencabar diri dan minat yang mendalam terhadap aktiviti kecergasan.
Sebab saya suka cabar diri. Saya tahu orang mesti cakap saya FOMO (fear of missing out) tapi sebenarnya tidak.
Saya bukan FOMO, saya memang suka bersenam dan walaupun ada anak-anak, saya suka cabar diri saya sendiri untuk buat semua perkara yang saya mahukan.
Ini adalah salah satu bucket list, yang saya memang nak buat.
Elisya berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama terbaharunya Madu atau Racun di A Quiet Place, Bukit Bintang pada Selasa.
Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini memberitahu dia menyertai sukan tersebut bersama rakannya dan mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta.
Tidak, bukan dengan suami. Saya sertai dengan kawan sebab suami saya tak suka benda-benda macam ini.
Dia hanya suka lari atas treadmill sahaja.
Tetapi dia sangat menyokong dan itulah perkara yang saya suka tentang suami. Kalau saya nak sertai Hyrox atau nak berlakon, dia akan okay sahaja dan memahami.
Dalam pada itu, Elisya mengakui Hyrox bukanlah sukan yang mudah untuk disertai, selain sesi latihan terpaksa dihentikan berikutan anaknya dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Rutinnya sangat susah, terutama apabila baru-baru ini anak saya masuk hospital.
Saya terpaksa batalkan semua sesi latihan selama lima hari.
Saya tanya pada diri sendiri, sama ada boleh lakukan ataupun tidak. Kalau boleh lakukan, saya akan lakukan dan saya percaya pada diri sebab saya tetap bersemangat.
Semangat itu pun datang daripada suami dan kawan saya, jadi saya ambil keputusan untuk buat juga.
Dalam perkembangan lain, Elisya bersama Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan barisan pelakon-pelakon lain meneraju drama terbaharu mereka iaitu Madu Atau Racun yang akan mula bersiaran 14 Ogos ini di platform iQIYI.








