berita

Video : Elizabeth Tan Cover Lagu Rembau Most Wanted, Pelat Tapi Layak Dipuji!

March 12th, 2014 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2014-03-12 at 12.26.51

Bukan senang sebenarnya nak bercakap dalam dialek Negeri Sembilan, apatah lagi menyanyi mahupun rapping. Tapi boleh dikatakan Elizabeth Tan telah melakukan percubaan yang baik dalam menyanyikan semula lagu tersebut.

Pastinya semua mengetahui bahawa Elizabeth yang baru melangkah ke industri hiburan ini merupakan seorang gadis berbangsa Cina dan kurang fasih bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Namun usahanya untuk menyanyikan lagu Rembau Most Wanted dengan loghat Nismilan harus dipuji biarpun pelatnya masih ada. Tapi itu yang membuatkannya lebih menarik, kan?

Screen Shot 2014-03-12 at 12.27.24

Menerusi video berdurasi 2:43 saat itu, gadis berbakat ini bijak mengubah semula susunan muzik lagu tersebut mengikut kesesuaian vokalnya dan mengelak daripada terikat dengan penyanyi asal iaitu Waris.

Respon yang diterima juga sangat baik dan rata-ratanya memuji kesungguhan Elizabeth hingga ada yang mengatakan nyanyiannya lebih baik daripada penyanyi asal. Malah, ada pula permintaan yang mahukan Elizabeth merakam video cover Gadis Jolobu selepas ini.

Screen Shot 2014-03-12 at 11.51.51

Screen Shot 2014-03-12 at 11.53.12

Bagi yang belum berkesempatan menonton video dimaksudkan, apa kata anda dengar kelunakan suara Elizabeth menyanyikan lagu Rembau Most Wanted di bawah ini. Semoga terhibur!