berita

Video : Elizabeth Tan Cover Penghibur Jalanan

December 4th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-12-04 at 3.17.52 PM

Ku hanya penghibur jalanan, bukan pengemis yang kau fikirkan, ku ingin mengejar impian, seperti kalian…

Jika melihat pada lirik lagu diatas, kami pasti anda sudah dapat meneka siapakah gerangan tuan empunya lagu ini kan? Rasanya, nama Amir Jahari sudah tidak asing lagi dikalangan peminat tanahair lebih-lebih lagi semenjak lagunya tercalon dalam Anugerah Juara Lagu yang ke 27.

Namun, dalam banyak-banyak cover Penghibur Jalanan yang ada di laman Youtube, kami lebih tertarik dengan hasil kerja gadis comel bernama Elizabeth Tan ini.

Sekali pandang, Elizabeth mempunyai wajah seperti Zee Avi dengan kelunakan suara persis Yuna Zarai. Biarpun kini dia berada di Texas, Amerika, Elizabeth tidak kekok untuk menyanyikan lagu-lagu artis tanahair.

Screen Shot 2013-12-04 at 3.47.54 PM

Penyanyi asal Penghibur Jalanan

Menerusi video berdurasi 2.27 minit ini, Elizabeth yang berasal dari Kuala Lumpur dilihat hanya menggunakan alat muzik dipercayai ukulele dan berjaya menghasilkan sebuah cover yang kami kira mantap dan setanding dengan lagu asal Penghibur Jalanan.

Walaupun masih belum mempunyai lagunya sendiri, gadis comel ini bijak mengekalkan identitinya dan sudah menyanyikan lebih 5 buah lagu daripada artis-artis tempatan seperti Yuna, Zee Avi, dan juga Mark Adam.

Apa kata kalau gadis ini digandingkan bersama Amir Jahari untuk lagu Penghibur Jalanan versi duet. Anda setuju tak?

Apa-apa pun, mari layan video Penghibur Jalanan daripada Elizabeth Tan selepas ini. Kita lupakan sebentar sedikit pelat dan slang yang ada dalam cover Elizabeth ini ya.

Penghibur Jalanan – Amir Jahari (original)

Elizabeth Tan cover version

Pencuri – Mark Adam (Elizabeth Tan cover)

Terukir Di Bintang – Yuna (Elizabeth Tan cover)

SKIP THIS AD ×