Pengarah dan penerbit drama, Erma Fatima mendedahkan dirinya pernah dilempar skrip oleh pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy ketika sesi penggambaran filem ‘Puteri’ (1987).

Artikel Berkaitan:

Tak hafal skrip

@siardotmy Saksikan video penuh RUANG TEMU eksklusif bersama Pelakon dan Pengarah tersohor, Erma Fatima di saluran SIAR Unifi TV dan Youtube SIAR TV! ? #ruangtemu #siar #ermafatima #ogyahmaddaud #rahimrazali ? original sound – SIAR

Menerusi sesi temu bual dimuat naik @Siar di TikTok, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali berkata, kejadian itu berlaku ketika dirinya pertama kali bergandingan bersama Ogy.

Saya pernah dilempar skrip oleh Ogy Ahmad Daud ketika ‘shooting’ filem Puteri.

Dia baling dekat depan saya dan kata, ‘Memorize your line, then only you call me’. Kemudian dia keluar daripada set.

Dia tak mahu saya duduk di set dan tergagap, dia tak mahu.

Waktu itu saya pertama kali berlakon dengan dia, memang terketar-ketarlah saya.

Saya duduk di tempat saya berdiri tak bergerak sambil hafal skrip.

Berkongsi lanjut, pengarah drama ‘Bidaah’ ini memaklumkan dirinya tidak terasa hati malah bersetuju dengan tindakan Ogy.

Saya tidak ambil hati langsung dengan perkara itu sebab dia (Ogy) adalah idola saya.

Dan dia baling skrip pun bukan sebab dia diva tapi dia mempunyai hak untuk berbuat demikian sebab mesti kau akan marah kalau kau berlakon dengan orang yang tak bersedia.

Apa yang Ogy buat itu betul sebab sebagai pelakon yang bagus, sudah tentu dia marah bekerja dengan orang macam itu (tak hafal skrip).

Muka lawa macam mana pun, berlakon bagus macam mana pun tapi skrip tak hafal pun tak guna sebab menyusahkan orang.

Apabila dia buat begitu, sudah tentu saya nak buktikan bahawa sebenarnya saya boleh lakukan.

Video penuh

Sumber: TikTok, YouTube SIAR