Dengan 124,448,198 undian, penyanyi, Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad ‘Throwback’ Kemenangan ABPBH 36, Antara Kenangan Terindah Dalam Kerjaya Seni

Artikel Berkaitan: Malam Kemuncak ABPBH 37 Berlangsung 12 Disember Ini, Raja Azura & Shiha Zikir Bergandingan Sebagai Hos

Ernie bawa pulang RM30,000 & trofi

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan pelantun lagu Aura itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 dan trofi.

Sementara itu, kategori Aktor Filem dan Aktres Filem Popular pula berpihak kepada Fattah Amin serta Sweet Qismina.

Bagi kategori Aktor Pembantu Filem Popular dan Aktres Pembantu Filem Popular pula diungguli Adam Lee serta Heliza Helmi.

Trofi Penyanyi Lelaki dan Penyanyi Wanita Popular menjadi milik Hael Husaini dan Ernie Zakri.

Selain itu, trofi Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan dirangkul oleh kumpulan lagenda trio adik-beradik, KRU.

Aktor dan Aktres TV Popular pula didominasi Zahiril Adzim serta Emma Maembong.

Kategori Aktor dan Aktres Pembantu TV Popular pula menjadi milik Nazim Othman serta Raja Azura.

Sementara itu, trofi Penyampai Radio Popular pula menjadi milik Haiza Hanafi manakala Fiza Sabjahan diumumkan sebagai Pengacara TV Popular.

Bagi kategori Artis Lelaki Baharu Lelaki Popular menjadi milik Jazmy Juma manakala trofi Artis Wanita Baharu Popular diraih Umai Umairah.

Pelawak Joey Daud berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular.

Membawa tema Satu Keunggulan, ABPBH37 dibawakan oleh Daia dan dihoskan oleh Raja Azura serta Shiha Zikir.

ABPBH37 turut diserikan dengan persembahan, Haqiem Rusli, Tajul, Afieq Shazwan, Amira Othman, Irfan Haris, Mimi Fly, Wani Kayrie, Aisha Retno dan Akim & The Majistret.

Selain itu, berikut merupakan pemenang bagi anugerah esktra:

Gandingan Serasi Drama Popular: Syukri Yahya & Anna Jobling

Gandingan Serasi Filem Popular: Iedil Putra & Emma Maembong

Lagu Paling Boom Popular: Nur Cinta (Amir Masdi)

Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin

Seller Terpaling Popular: Datuk Seri Aliff Syukri & Ammar Ahyan

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Alleycats