![[VIDEO] Erynne Erynna Nikmati Fasa Sebagai Ibu Tunggal, Mahu Jadi Contoh Terbaik Buat Anak – ‘Tak Mudah Tapi Alhamdulillah’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/erynne-erynna.jpg)
Pelakon Erynne Erynna mengakui dia menikmati perjalanan sebagai seorang ibu tunggal meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam membesarkan anak.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Orang Tolong Jangan DM Saya, Hormat Pasangan Kalian’ – Erynne Erynna
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jadilah Sebab Untuk Seseorang Tersenyum & Kekal Positif’ – Erynne Erynna
Erynne mahu jadi contoh terbaik buat anak
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pemilik nama Syazlynne Erynna Abdullah, 29, berkata dia perlu berusaha menjadi contoh terbaik buat cahaya matanya.
Banyak perkara yang saya perlu ubah sebenarnya. Lebih-lebih lagi sekarang saya dah ada seorang anak perempuan, jadi saya perlu menjadi contoh yang baik buat dia,.
Malah sebagai seorang ibu, Erynne berkata bahawa dia perlu memastikan dirinya bahagia terlebih dahulu sebelum mampu memberikan perkara sama kepada anak.
Untuk ada anak yang bahagia, awak kena bahagia dulu. Untuk ada anak yang puas hati dengan kehidupan, awak kena puas hati dengan kehidupan dan diri sendiri.
Kalau awak tak rasa benda tu, anak pun akan terjejas. Kalau sebagai ibu bapa, awak ada keyakinan, tahu nilai diri sendiri, anak-anak akan ikut benda itu
Dalam pada itu, Erynne tidak menafikan kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia bersyukur kerana mampu melalui fasa tersebut.
Kehidupan memang ada cabaran dia setiap hari. Tapi sebagai seorang ibu tunggal, saya enjoy menikmati perjalanan ini. Memang ada benda yang tidak mudah dan sebagainya, tapi alhamdulillah.
Sumber: TikTok Erynne Erynna