Tindakan pelakon, Eyka Farhana yang sempat bersolek ketika mengalami sakit kontraksi sambil menunggu untuk melahirkan anak pertamanya, Muhammad Luay Khayr sebelum ini telah mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana & Akhyar Rashid Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Muhammad Luay Khayr

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Orang Tanya Apa Paling Mengidam Masa Hamil, Saya Nak Shoot’ – Eyka Farhana

Sempat mekap

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, berkata bayinya itu tidak terus dilahirkan sejurus selepas dia selesai bersolek, sebaliknya memilih dilahirkan pada keesokan harinya.

Bersiap dengan saya di bilik bersalin (even rupanya tak jadi beranak masa lepas solek ni sebab esok tu baru lah baby L nak keluar).

Punya lah kita siap siap, tapi bila dah buang solekan baru rasa nak terberanak.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji usaha Eyka untuk kekal cantik meskipun sedang mengalami sakit kontraksi.

Segelintir netizen juga sempat berkongsi pengalaman serta kenangan mereka apabila berada di bilik bersalin.

Terdahulu, suami kepada pelakon itu, Akhyar Rashid berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata mereka.

Komen netizen

Sumber: Threads