Top 6 peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Eylia Guntabid memberitahu dia tidak ambil hati sekiranya netizen menilai rupa parasnya berbanding bakat nyanyian yang dimiliki.
Artikel Berkaitan: Juri Mahu Peserta-Peserta CSOIAM Bina Keyakinan Diri – ‘Jangan Rasa Diri Terlalu Kecil Atas Pentas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hasrat Kejar RM1 Juta Terhenti, Dayang Ku Iffah & Hafiz Zainal Tersingkir CSOIAM Minggu Ketiga
Perbaiki diri menjadi lebih baik
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Eylia berkata, ketika zaman persekolahan dia sering menjadi mangsa sindiran fizikal (body shaming). Oleh sebab itu, dia tidak ambil peduli sekiranya segelintir pihak masih mengata mengenai fizikalnya. Tambah Eylia, dia cuba berusaha untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menjaga penampilan sejak menyertai pertandingan One In A Million.
Isu body shaming ni dah jadi lumrah dalam industri. Ia kisah lampau saya. Saya tak menafikan kalau nak pergi jauh memang kena jaga penampilan diri. Sebab bakat dah ramai yang ada. Dulu zaman sekolah lagi teruk saya kena buli. Tambahan kempen kesedaran mengenai gejala buli pada masa itu tidak banyak. Sekarang bila nampak isu seperti itu timbul, saya berasa kecewa sedikit sahaja. Selebihnya saya terima sebab saya sedang berusaha untuk diet dan jaga penampilan.
Ujar Eylia lagi, komen-komen netizen membuatkan dia bekerja keras untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.
Dulu semasa saya kena body shaming berat saya mencecah 100 kilogram. Orang tak percaya pada bakat saya sebab mereka pandang paras rupa. Saya tak ambil peduli malah, cuba memperbaiki diri.
Apabila ditanya sama ada bakat atau penampilan yang lebih penting untuk menjadi seorang penyanyi, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini secara ringkas menjawab kedua-duanya penting.
Bakat nombor satu bagi saya. Pada masa yang sama penampilan perlu dijaga kerana ia mendatangkan kelebihan untuk orang menyukai kita.
Eylia yang ditemui selepas sesi latihan bersama Khai Bahar sempena konsert minggu ini, turut meluahkan rasa teruja kerana dapat berduet bersama penyanyi kesukaan ramai.
Mula-mula saya gementar sebab dia artis lelaki Malaysia yang disukai ramai. Tetapi apabila berjumpa dengannya, semuanya berjalan lancar. Kami senang dapat chemistry. Saya selesa dapat bekerjasama dengan Khai.
Bakal membawakan lagu ‘Dua Insan Bercinta’ nyanyian asal Ella pada hari Ahad ini, Eylia dan Khai berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.