![[VIDEO] Fahimi Rahmat Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hamka](https://asset.ohbulan.com/2025/12/IMG_5749.jpeg)
Dengan sekali lafaz, penyanyi yang semakin meningkat naik, Fahimi Rahmat, selamat bergelar suami kepada adik penyanyi Mal Hamka, iaitu Bella Hamka.
Tahniah!
Majlis pernikahan yang berlangsung itu difahamkan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak bagi menjaga privasi.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Faridism Production di TikTok, suasana hiba dan gembira menyelubungi ruang majlis saat Fahimi menyempurnakan akad.
Dalam video tersebut, pasangan merpati dua sejoli ini tampil memukau dalam persalinan serba putih di pelaminan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke jannah.
Sehingga kini, Fahimi tidak membuat sebarang pengumuman berhubung perkara itu malah tidak memuat naik apa-apa perkongsian tentang majlis pernikahan.
Momen bahagia Fahimi & Bella
Sumber: TikTok Faridism Production

![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)



![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)