![[VIDEO] Faizal Hussein Anggap Isu Bau Badan Perkara Normal – ‘Saya Simpan Sendiri, Hadap & Hadam Saja’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/faizal-43.jpg)
Aktor senior, Faizal Hussein memberi pendapat tentang isu tular di dalam dunia seni ketika ini iaitu mengenai pelakon yang mempunyai badan berbau.
Artikel Berkaitan: Isu Bau Badan Di Set Penggambaran, Netizen Petik Nama Daniel Fong – ‘Saya Pakai Deodoran’
Artikel Berkaitan: Kuku Kaki Faizal Hussein Tercabut, Puas Hati Buat ‘Stunt’ Sendiri
Perkara biasa
Ketika ditemui OhBulan!, Faizal atau nama lengkapnya Mohd Faizal Hussein, 58, memberitahu bahawa dia sering berdepan dengan isu yang sama ketika di set penggambaran, namun tidak pernah sesekali membesarkan perkara tersebut.
Kalau ada pelakon badannya berbau, tak kira lelaki atau pun perempuan, takkan ada siapa pun tahu. Walaupun saya sendiri pernah melalui situasi ini banyak kali berbanding pelakon tersebut.
Tetapi perkara seperti ini saya tidak akan bawa ke sosial media, saya simpan sendiri.
Kalau saya tak suka seseorang, orang itu tak akan tahu. Hadap dan hadam sahaja. Mungkin sebab itu bayaran saya mahal.
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada jelajah Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Kuantan City Mall, Pahang baru-baru ini.
Benda normal
Dalam masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi watak Roy itu berpendapat, bau badan adalah perkara normal dan tiada keperluan untuk menggembar-gemburkan isu tersebut.
Kalau kita pergi solat Jummat pun macam-macam bau kita akan hidu. Pada saya itu semua normal, sama juga seperti bau mulut orang ketika berpuasa..bau kasturi.
Simpan sendiri sahaja tak perlu nak beritahu semuanya.
Bukan itu sahaja, malah Roy menegaskan bahawa isu yang remeh tidak akan membantu karier lakonan seseorang.
Tapi zaman sekarang, good publicity or bad publicity tetap publicity. Cara seperti ini sebenarnya tidak membantu untuk memanjangkan karier mereka.
Sepatutnya kita pilih cerita-cerita yang boleh bawa karier kita ke hadapan.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama Bidaah tersebut tercalon sebagai Top 10 bagi kategori Selebriti Maskulin Terhangat untuk anugerah berkenaan.
Terdahulu, pelakon Harissa Adlynn pernah menyuarakan rasa tidak selesa terhadap seorang rakan pelakon yang didakwa kurang menjaga kebersihan diri, sehingga menimbulkan masalah bau badan ketika berada di set penggambaran.
Kenyataan itu kemudian tular dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi tentang identiti pelakon yang dimaksudkan.