Pelakon, Farid Kamil memaklumkan sudah membuat permohonan maaf kepada penyanyi, Datuk Jamal Abdillah atas ketelanjurannya ketika menjadi tetamu pada satu sesi podcast, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Kesal Dituduh Kac*p Ketika Pelancaran Filem Sampai Ditegur Ayah Sendiri – ‘Kamu Janganlah Jadi Macam…’

Dah minta maaf pada Jamal

Ketika ditemui OhBulan!, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari berkata, dia menyesali kekhilafan dan ketelanjurannya dalam berkata-kata ketika bercerita tentang pengalaman yang dilaluinya.

Perjelas Farid, dia juga sudah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Raja Pop itu namun tidak dibalas.

Saya dah berhubung dan memberikan penjelasan terhadap Datuk Jamal.

Saya juga ada buat permohonan maaf dan saya menyesali percakapan saya itu.

Saya mesej dan beliau ada membacanya tetapi tiada sebarang respon.

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf kepada peminat beliau dan berharap dapat memaafkan kekhilafan saya.

Farid berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis malam gala dan tayangan perdana filem ‘Telaga Suriram’ yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Remp-It’ ini memaklumkan sudah meminta pihak terlibat untuk menurunkan video tersebut selepas tular dan menyorot perhatian ramai.

Video itu telah saya arahkan mereka untuk turunkan.

Saya akui ketelanjuran saya ketika bercakap dan bercerita tentang pengalaman saya.

Terdahulu, Farid meluahkan rasa kesalnya selepas difitnah mengambil bahan terlarang sewaktu majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story ketika menjadi tetamu pada sesi podcast yang diberi nama ‘Podcast Lelaki’.

Farid kemudiannya menerima respon yang pelbagai daripada netizen yang berang dengan tindakan pelakon itu yang ‘memetik’ nama Jamal.