![[VIDEO] Farid Kamil Kesal Dituduh Kac*p Ketika Pelancaran Filem Sampai Ditegur Ayah Sendiri – ‘Kamu Janganlah Jadi Macam…’](https://media.ohbulan.com/2025/03/FaridKamilDituduhKacip.jpg)
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa kesalnya selepas difitnah mengambil bahan terlarang sewaktu majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Dakwa Didatangi Individu Berpangkat Datuk, Fitnah Diana Danielle – ‘Siap Ada Gambar & Nama Orang’
‘Jangan jadi macam…’
@podcastlelaki Ayah sendiri pernah warning Farid Kamil jangan jadi macam Jamal Abdillah, macam Saleem? Apa cerita? Bila orang terdekat pun termakan dengan kata-kata media, apa kesannya terhadap Farid, dan apa reaksinya? Saksikan episod penuh bersama Farid Kamil di YouTube dan Spotify Podcast Lelaki. #PodcastLelaki #FaridKamil #Man360 #UpTheGame ? original sound – Podcast Lelaki
Menerusi sesi podcast yang diberi nama ‘Podcast Lelaki’, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menjelaskan bahawa ketika itu dia berada dalam keadaan kurang sihat kerana baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah.
Saya pernah dikecam oleh netizen tengah ‘kacip’ ketika mempromosikan filem Anwar: The Untold Story tapi saya tiada kesempatan untuk jelaskan perkara sebenar.
Ketika itu saya baru pulang dari umrah dan ketika di Mekah, saya demam dan selsema yang sangat teruk.
Bila tengah interview tu, saya kena kawal hingus, takut muntah. Bila saya tengok video tu memang betul nampak macam tengah ‘high’ tapi saya baru lepas ambil suntikan ubat dan terus ke pelancaran filem itu.
Tambah Farid, dia pada awalnya tidak terasa hati namun menyedari perkara itu sangat serius selepas mendapat teguran daripada bapanya melalui panggilan telefon.
Sampai ayah saya telefon, dia marah saya. Bukan dia nak tanya khabar saya, tapi dia cakap, ‘Kamu ini tak payah la buat benda macam Jamal Abdillah’.
Bila saya tengok balik video, semua orang dah ‘assume’ saya macam-macam, saya tak kisah tapi bila ayah saya cakap macam itu, saya rasa perkara ini serius.
Netizen pertikai Farid
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai termasuklah anak kepada penyanyi pop lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan Farid Kamil yang mengungkit kembali kisah silam bukan sahaja Jamal, malah turut ‘memetik’ nama arwah Saleem Iklim.
Sumber: TikTok