Hantaran isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis meraih perhatian netizen apabila soalannya berkenaan wanita lain.

Artikel Berkaitan: Farra Inalis Tidak Boleh Tidur, Terkesan Dengan Berita Anak Ayu Raudhah – ’10 Kali Bangun Check Nafas Anak’

Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Tak Upah Pembantu Rumah, Lebih Selesa Jaga Anak Sendiri – ‘Walaupun Penat Tapi Puas Hati’

Amelia Henderson cantik sebab mix?

@farra_inalisMasalahnya ameliath memang cantik , mcammna laki aku nak kata tak ???? original sound – FARRA INALIS

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Farra dilihat menujukan ‘soalan cemas’ kepada Caprice tentang kecantikan pelakon Amelia Henderson.

Menurut Caprice, Amelia atau nama lengkap Amelia Thripura Henderson cantik kerana memiliki darah kacukan.

Dalam pada itu, Farra berseloroh untuk tidak mempercayai kata-kata manis daripada para suami.

Pendek kata, lelaki memang tidak boleh dipercayai.

Kalau dia cakap kau yang paling cantik dekat mata dia, jangan percaya.

Contoh macam Caprice, depan muka aku dia cakap perempuan lain cantik.

Bagaimanapun, isteri kepada pempengaruh berusia 36 tahun itu akui kecantikan yang dimiliki Amelia Henderson.

Dua-dua lawa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui jawapan yang sama diterima daripada pasangan masing-masing. Selain itu, warganet turut memuji kecantikan Farra yang tidak perlu dibandingkan dengan mana-mana wanita lain.

Sumber: TikTok @FarraInalis