berita

[VIDEO] Fatima Menangis, Tak Sampai Hati Tengok Daddy Kena ‘Pukul’

February 9th, 2023 | by Aina Sarah
Kini Trending

Anak perempuan kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya, mencuit hati netizen selepas menangis melihat babak watak bapanya di skrin televisyen.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Bahagi Masa Antara Kerja & Kelas, Fattah Amin Dapat 4 Flat Untuk Semester Akhir

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Puji Adik Neelofa Cantik, Netizen Seronok Tengok

Fattah Amin dipukul

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nur Fatima Aisya atau Fatima dilihatkan menahan perasaan sedih sehingga menangis selepas melihat babak Fattah dipukul yang difahamkan dari filem KL Special Force.

Daddy… (sambil tunjuk skrin TV dengan nada sedih).

Kenapa? Ala sedihnya dia… Berlakon je lah. Itu dalam TV.

Disebabkan telatah anaknya itu, netizen di bahagian komen rata-rata mengatakan mereka ‘cair’ melihat reaksi Fatima apabila melihat bapanya ‘dipukul’.

Tengok daddy berlakon kena pukul ye? Sedih sangat sampai meleleh air mata ni.

Manja & sayang betul

Tidak kurang juga yang mengatakan Fatima menangis disebabkan rasa sayang kepada bapanya sekali gus menampakkan sisi manja sebagai seorang anak.

Sayang sangat dengan daddy dia tu. Jangan tunjuk lagi babak-babak macam tu, nanti makin sedih pulak Nyamma (Fatima).

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan Fattah pula yang akan menangis apabila anak perempuannya akan berkahwin apabila dewasa nanti. Amboi, bukan main lagi komen korang ni ya!

Video

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×