berita

[VIDEO] Fatin Afeefa & Tomok Tampil Dengan Studio Cover Selepas Battle Di Vokal Mania Trending!

November 19th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Setelah tampil dalam Vokal Mania minggu ke-4, nama Fatin Afeefa kembali jadi buah mulut netizen. Persembahan battle bersama Tomok menjadi antara kegemaran penonton sehinggakan trending di laman Youtube.

Sehubungan itu, pasangan duet ini tampil membuat cover lagu bersama di laman Youtube. Fatin juga berjaya membuktikan bakat nyanyiannya itu sehebat bakat lakonannya dan diterima baik oleh netizen.

Pasangan duet serasi

Tomok melalui laman Youtube rasminya semalam telah memuat naik video cover lagu Satu Hati Sampai Mati, nyanyian asal penyanyi Indonesia. Dalam masa 23 jam sahaja, video tersebut telah mendapat lebih 110k views. Tomok juga telah meninggalkan komen seakan memberi hint bakal menerbitkan lagu duet bersama Fatin.

Rata-rata memuji keserasian dengan menyatakan mereka ikhlas dalam nyanyian dan sangat merdu. Perkara ini terjadi setelah gandingan mereka di dalam VM telah mendapat pujian dari netizen, sehinggakan peminat menyatakan sepatutnya itu merupakan ‘battle’ tetapi mereka seolah kelihatan berduet untuk persembahan.

Ketagih persembahan di VM

Fatin dan Tomok juga telah membuktikan keserasian mereka bersama ketika pusingan battle di VM minggu lepas. Sesetengah netizen mengaku telah ketagih dengan persembahan mereka dan ada yang telah berulang kali menyaksikan nyanyian mereka berdua.

Melalui persembahannya, Fatin juga berjaya membawa lagu balada itu dengan sangat baik dan netizen memuji suaranya yang merdu itu. Persembahan mereka di VM juga telah menerima lebih 600k views di laman Youtube rasmi TV3 Malaysia.

Bagaimanapun, Vokal Mania kali ini kembali dengan minggu ke-5 dengan rookies yang baharu! Sehubungan itu, jangan lupa saksikan Vokal Mania untuk banyak lagi persembahan yang menarik setiap Sabtu, jam 9 Malam hanya di TV3, Youtube TV3 Malaysia dan Tonton.my!

SKIP THIS AD ×