![[VIDEO] Fatiya Latiff Dipuji Sebutan ‘Not Bad’ Ketika Baca Al-Quran – ‘Maksudnya Dia Sudah Biasa Mengaji’](https://media.ohbulan.com/2025/03/fatiya-082w712.jpg)
Pelakon Fatiya Latiff menyorot perhatian warganet dengan kelancarannya mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Berhenti Berlakon, Cuma Belum Ada Tawaran’ – Fatiya Latiff
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatiya Latiff Nafi ‘Buat’ Muka, Hanya Lakukan Rawatan ‘Eye Bag’ & Licinkan Kulit Wajah – ‘Mungkin Kerana Faktor Usia’
Fatiya baca Al-Quran
Menerusi rancangan Geng Ngaji, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, dilihat mengenakan telekung berwarna putih sambil membaca surah Saba melalui panggilan video.
Aktres berusia 38 tahun itu kemudian mendapat pujian daripada panel hos rancangan tersebut.
Sebutan Fatiya okay, not bad. Hanya ada sedikit-sedikit sahaja kekurangannya.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum selepas mendengar bacaan daripada pelakon drama Bidaah itu.
Maksudnya dia biasa mengaji, orang yang jarang sangat mengaji tak macam ini.
Sekurang-sekurangnya dia kenal huruf dari orang yang suka hina dia tapi tak kenal pun huruf Al-Quran.
Pandai dia baca, banyak sebutan yang betul Masya-Allah.
Sumber: IG Tazkirah Malam Jumaat