![[VIDEO] Fattah Amin Syukur Dapat Sambut Ramadan Bersama Keluarga – ‘Mereka Adalah Tulang Belakang Saya’](https://media.ohbulan.com/2025/03/fattah-puasa-5.jpg)

Pelakon Fattah Amin mengakui Ramadan tahun ini memberikan pengalaman berbeza buat dirinya selepas berpisah dengan bekas isteri, Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi ‘Jual’ Kisah Peribadi, Tak Minta Diviralkan – ‘Bagi Saya Benda Tu Tak Ada Manfaat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup Kau Ni Kan Amira, Memang Kerja Tengok Fattah Je Lah’ – Pak Azad
‘Saya sebab rasa berbeza’

Ketika ditemui OhBulan!, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, tetap bersyukur kerana masih mempunyai keluarga dan anaknya, Fatima, yang menjadi kekuatan utama dalam kehidupannya.
Sudah pasti rutin berpuasa kali ini tidak sama seperti sebelum ini, tetapi saya kena kuat kerana apa yang berlaku adalah takdir Allah SWT
Sejujurnya, sayu sebab rasa berbeza. Tapi Alhamdulillah, saya masih ada keluarga dan Fatima. Mereka inilah yang menjadi tulang belakang saya. Kami sama-sama menjalani ibadah puasa sebagai satu keluarga yang harmoni.
Menurut Fattah, walaupun jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan padat, namun dia berusaha membahagikan masa untuk menunaikan ibadah.
Bulan puasa ni memang setiap hari akan bekerja, tetapi dalam masa yang sama, saya tetap memberi ruang untuk beribadah.
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Bidaah, baru-baru ini.
Fattah reda, terima takdir

Meskipun apa yang berlaku dalam kehidupannya sebelum ini adalah satu perkara yang perit, pelantun lagu Lelaki Terakhir ini tetap berusaha untuk kekal kuat dan menerima segala ketentuan dengan hati terbuka.
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita kena percaya pada qada dan qada’ yang memang dah tertulis jodoh, rezeki dan ajal. Jadi kita kena reda dan tidak mempersoalkan apa yang telah ditetapkan.
Kita kena sentiasa muhasabah diri dan menerima dengan hati terbuka.
Dalam pada itu, Fattah berharap dapat meluangkan masa berbuka bersama anaknya bagi mengajarkan erti Ramadan sejak usia muda.
Kalau diberi peluang mengikut pada jadual yang ditetapkan, memang saya nak Fatima berbuka dengan keluarga walaupun dia masih kecil dan belum berpuasa.
Kita nak raikan dia, walaupun baru berusia 4 tahun tapi sebagai ibu bapa ni, kita kena ajar anak-anak tentang erti ramadan. Itu tanggungjawab ibu bapa, itu adalah ibadah.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
