Pelakon Fattah Amin tidak menyangka rezeki yang dikurniakan kepadanya melimpah luas meskipun baru sahaja melalui episod hitam dalam hidup apabila berpisah dengan bekas isteri, Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: Jenama Kambing Perap Serahkan Infak Fattah Amin Kepada Pihak Masjid – ‘Mereka Akan Edarkan Kepada Asnaf & Ibu Tunggal’
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Tolak Komisen Jualan Kambing Perap, Minta Infak Kepada Golongan Memerlukan – ‘Kami Kecewa..Dia Tak Ambil Satu Sen Pun’
Jadual padat
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, jadual kerjanya sudah penuh sehingga Februari tahun hadapan.
Jadual saya sudah penuh, tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai bulan Februari 2025, alhamdulillah.
Terima kasih kepada sokongan dan rezeki yang diberikan, saya sangat bersyukur.
Saya anggap rezeki yang diberi ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan sehabis baik.
Saya tak mahu kecewakan pihak yang sudah beri kepercayaan kepada saya.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.
Ditanya mengenai pemilihan jenama dan produk yang ditawarkan, Fattah memberitahu dia amat menitiberatkan beberapa perkara tersmasuk komitmen yang dituntut sebelum bersetuju.
Tak terima semua tawaran, saya lihat terlebih dahulu jenama dan komitmen apa yang dimahukan.
Saya cuba elak mengambil produk yang lebih kurang sama kerana tidak mahu timbul masalah dikemudian hari.
Pihak pengurusan juga membantu dan amat menitikberatkan tentang pemilihan produk sebelum bersetuju ambil.
Dalam pada itu, Fattah akui kesibukan kerja turut menjadi salah satu faktor badannya sedikit susut.
Nampak susut mungkin sebab kesibukan kerja juga, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram.
Luang masa dengan Fatima
Sementara itu, diminta mengulas mengenai pertemuan bersama anaknya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini, Fattah meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama puterinya.
Dia gembira bila dapat jumpa daddy dia. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan permainan.
Saya juga turut bawanya isi masa dengan ahli keluarga saya yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu.
Nama pelakon filem Pendekar Awang: Darah Idera Gajah itu mula mendapat sorotoan sehingga digelar ‘Duda Hot’ selepas dia berpisah dengan aktres, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.