Pelakon, Fazren Rafi mencuri perhatian ramai di TikTok apabila tampil awet muda meskipun sudah bergelar bapa kepada lima orang anak.

Artikel Berkaitan: Anak Raih Markah 100%, Fazren Rafi Tunaikan Janji Beri RM1,000 – ‘Saya Pun Main Cakap, Tahniah Haq’

Awet muda

@fazrenrafi

From two to seven — Squad Faz getting harder to handle 😅 15 years strong, now with 5 kids in the mix. Not always easy, but always worth it. Praying we stay happy, grow stronger, and raise them well till Jannah ❤️

♬ suara asli – walet5064 – walet5064

Menerusi perkongsian di TikTok, Fazren dilihat memuat naik video menyambut hari ulang tahun perkahwinannya bersama isteri.

Kata Fazren, keluarganya bermula hanya dengan mereka berdua sebelum diserikan dengan kehadiran lima orang anak.

Daripada dua kini menjadi tujuh, Squad Faz makin mencabar untuk dikendalikan.

15 tahun bersama, kini dengan kehadiran 5 orang anak. Tak selalu mudah, tapi sentiasa berbaloi.

Semoga kami terus bahagia, semakin kuat, dan mampu membesarkan mereka dengan baik hingga ke Jannah.

Netizen puji

Perkongsian itu kemudian mencuri perhatian ramai, dengan rata-rata memuji Fazren dan isteri yang kekal tampak awet muda persis remaja.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa tidak percaya bahawa aktor itu sebenarnya sudah memiliki ramai anak.

Sumber: TikTok