![[VIDEO] Fedtri Yahya Bongkar Amalan Syirik Janin Manusia Dijadikan Pelaris, Pelakon Popular Pun Terlibat?](https://asset.ohbulan.com/2025/11/JANIN-JADI-PELARIS-popular.jpg)
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya berkongsi kisah mengenai amalan syirik yang melibatkan penggunaan janin manusia sebagai pelaris untuk meraih populariti serta melariskan perniagaan.
Artikel Berkaitan: ‘Nampak Tiga Garis Macam Disebat’ – Joey Daud Kongsi Pengalaman Seram Ketika Gali Kubur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Siap Lambai-Lambai, Wanita Throwback Percutian ‘Seram’ Di Cameron Highlands
Dijadikan pelaris raih populariti?
Menerusi sebuah klip podcast Sembang Seram, Fedtri berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang wanita yang menjalankan perniagaan menjual janin yang telah diawet.
Menurut Fedtri, wanita itu mengakui bahawa bekalan janin tersebut diperoleh daripada pembekal di Thailand.
Saya berjumpa dengan mak cik ni, dia menjual janin.
Provider dia ataupun supplier dia dari Thailand lah. Jadi setiap bulan dia akan pergi ke Thailand untuk dapatkan stok janin.
Difahamkan, janin tersebut akan dimasukkan ke dalam botol kecil atau dijadikan loket untuk dipakai oleh pelanggan.
Dia mendakwa bahawa pelanggan wanita itu terdiri daripada dua golongan utama iaitu golongan VIP yang mahu melariskan perniagaan dan golongan individu terkenal yang inginkan pengaruh serta populariti.
Untuk VIP yang lariskan perniagaan, dan untuk orang terkenal yang nak pengaruh.
Pelakon popular turut terlibat?

Ketika ditanya oleh hos sama ada pelakon di Malaysia turut menggunakannya, Fedtri mengiyakannya.
Ada (pelakon yang pakai). Tapi orang terkenal jugalah yang popular. Dan saya tak boleh sebut namalah, nanti takut orang cari maklumat
Lebih menyeramkan, Fedtri menjelaskan bahawa amalan syirik itu terikat dengan ritual dan perjanjian.
Wajib diberi makan malam Jumaat. Ada dia punya mentera-menteralah. Orang yang dah syirik ni, dia akan ada, dia akan terikat.
Sebab itu orang yang syirik ni, dia dah terikat dengan perjanjian. Nak keluar bukan senang,
Jelasnya, janin yang digunakan adalah janin yang gugur pada peringkat awal kehamilan (trimester pertama), bersaiz kecil seperti jari kelingking, kerana mudah untuk disimpan di dalam loket.
Sumber: TikTok Sembang Seram






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

