![[VIDEO] Fedtri Yahya Kongsi Kucing Jadi Perisai Sihir, Antara Bentuk Bantuan Allah – ‘Kalau Terkena, Akan Mati Dahulu’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/befunky_2025-10-1_9-6-37.jpg)
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya berkongsi tentang kelebihan kucing sebagai penghalang kepada perbuatan sihir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Air Minuman Yang Tertinggal Jangan Ambil Semula’ – Fedtri Yahya
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Disihir Jangan Kongsi Progress, Mungkin Akan Diserang Semula’ – Fedtri Yahya
Keistimewaan kucing
Menerusi perkongsian di podcast Sembang Seram, Fedtri berkata, sebelum ini dia pernah merujuk seorang ustaz berkenaan kucing yang didakwa boleh menjadi pelindung daripada terkena perbuatan sihir.
Saya pernah bertanya kepada seorang ustaz, kenapa kalau sihir nak mendekati kita salah satu bentuk bantuan Allah, akan ada kucing yang datang?
Kalau sesebuah rumah itu terkena sihir, kadang-kadang kucing yang akan mati dahulu.
Menurut Fedtri, Allah SWT memberi kelebihan kepada kucing yang dipercayai mampu menghalang pemilik sesebuah kediaman atau individu daripada perbuatan syirik dan niat jahat seseorang.
Kucing berkorban menjadi zon penampan kepada sihir itu.
Rumah tak ada kucing, tiba-tiba ia datang dan bermalam di rumah kita. Kemungkinan, ada sihir juga yang nak datang.
Ia menepis dan Allah berikan kelebihan kepada kucing.
Pengalaman netizen
Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet turut berkongsi pengalaman sama berkenaan sihir dan juga kucing yang dianggap bertindak menjadi penyelamat.
Selain daripada sihir, kebanyakan kucing juga dipercayai dapat mengesan kehadiran haiwan-haiwan berbahaya.
Sumber: Sembang seram