berita

Video: Filem Pendek, “Pasport Ekspres”, Penuh Seni & Menarik

October 17th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Jika melihat pada tajuknya, ‘Pasport Ekspres’, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik tajuk yang penuh tersirat ini. Sebuah karya oleh pengarah, Rewan Ishak, filem ini benar-benar memberikan pengajaran kepada para penonton mengenai mesej yang ingin disampaikan.

Filem pendek berdurasi lebih kurang 19 minit ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ali yang ingin menjadi pengarah filem. Kehidupannya yang kusut menyebabkan dia kehilangan semangat dan hala tuju cita-cita asalnya. Namun begitu, ketika hendak pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran, Ali telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Umar Ghazi. Dalam kisah perkenalan mereka, Ali & Umar pula terjumpa dengan Roslan, seorang cikgu.

Tetapi sebenarnya apa yang lebih menarik minat OHBULAN! ialah pada teknik warna dan selingan visual serta suasana didalam filem tersebut. Pengarah berjaya mencuit sedikit emosi OHBULAN! apabila lagu-lagu klasik oleh Ahmad Jais dimainkan sebagai lagu latar. Pemberian watak pada 3 orang pelakon juga amatlah bersesuaian dan ia dapat dilihat dengan jelas pada watak Cikgu Roslan dan juga Umar Ghazi.

Untuk pengetahun, penggambaran filem pendek ini telah dijalankan sepenuhnya di Perlis dan ia memaparkan pelbagai pemandangan dan tempat menarik yang ada di sana. Mari kita tonton filem pendek berjudul ‘Pasport Ekspres’ selepas ini ya.

SKIP THIS AD ×