Penyampai radio, Fizi Ali mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai ketidakhadiran ke hari sukan anaknya, Ameena Sofea pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Dituduh Sebagai Penyondol, Shakilla Khoriri Ajak ‘Aswad’ Bersemuka – ‘Banyak Nak Sembang Berserta Bukti Ni’

Fizi Ali tak nak komen

Ketika ditemui OhBulan!, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali berkata, dia memilih untuk tidak memberikan sebarang komen kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Saya sebenarnya tak mahu dah komen mengenai isu ini, dah beberapa hari berlalu.

Dan kalau tanya lebih-lebih pun saya tak nak komen sebab (benda ini) tak akan pernah habis.

Kalau saya bagi kenyataan, nanti boleh buatkan ramai bergaduh. Orang ini akan sokong orang itu, orang itu akan sokong orang ini.

Jadi saya ambil pendekatan untuk mendiamkan diri saja, banyak lagi isu lain yang ada.

Saya ini hanyalah penyampai radio yang memang hanya bekerja di konti.

Apa-apa selesai di mahkamah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM ini menegaskan tidak ada berlakunya salah faham atau pergaduhan kerana perkara tersebut sudah dipersetujui di mahkamah.

Tambahnya, dia juga tidak mahu menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyelesaikan masalah kerana ia akan memberikan banyak spekulasi kepada orang ramai.

Sebenarnya tak ada pergaduhan apa pun sebab kita dah dapat persetujuan daripada mahkamah.

Sebab itu kalau ada yang bertanya kepada saya begitu dan begini dan kalau ada yang tak puas hati, kita boleh selesaikan di mahkamah.

Saya tak nak selesaikan semua di media sosial sebabnya ia akan memberikan tanggapan yang tidak betul kepada mereka yang tidak tahu hal sebenar.

Jadi kalau ia boleh membuatkan orang ramai bertelagah, dia jadi tak ‘best’ sebenarnya.

Sepatutnya kita ini menyatu padukan semua tapi disebabkan satu posting dah boleh buat semua bertelagah.

Terdahulu, Shakilla mendakwa Fizi memberikan alasan sibuk bekerja sehingga tidak menghadirkan diri ke kejohanan sukan sekolah Ameena.

Shakilla berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) selepas mendapat pertanyaan daripada netizen tentang keberadaan Fizi.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla pernah mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak berkekalan dan mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.

Fizi kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.