Pelakon Fizo Omar mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata ketiga apabila isterinya, Fazeera Nazri kini disahkan hamil lima bulan.
Artikel Berkaitan: Tetiba Mengidam Nak Naik Motor, Kapsyen Fizo Omar Cetus Tanda Tanya…Isteri Hamil Lagi?
Beza 11 bulan
View this post on Instagram
Berita gembira itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya pada Ahad. Menerusi video yang dikongsikan, usahawan berumur 38 tahun ini sedang memeriksa perut anak keduanya, Wan Khaleeda yang kembung angin.
Kemudiannya, Fazeera datang memberitahu yang perutnya juga berasa tidak selesa.
Ayang (sayang), perut saya tak selesa jugalah.
Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar memegang dan melekapkan telinga ke perut Fazeera lalu menunjukkan reaksi terkejut kerana berlaku pergerakan seakan bayi menendang.
Eh! Menendang. Ini tak ada ubat, kena tunggu sembilan bulan.
Seronok badan masih muda
Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat tumpang seronok dengan rezeki yang dikurniakan kepada Fizo dan keluarga.
Ada golongan ibu yang ‘hadir’ berkongsi kata semangat untuk menjaga anak-anak yang kurang setahun perbezaan umur.
Selain itu, terdapat juga netizen yang berasa kasihan dengan Khaleeda kerana masih belum puas bermanja dengan ibu.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dianugerahkan Wan Khaleeda yang kini berusia tujuh bulan.
Bagi perkahwinan pertama, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan terkenal, Mawar Karim namun bercerai talak satu. Mereka dikurniakan cahaya mata tunggal iaitu Wan Maryam.
Sumber: Instagram