berita

[VIDEO] Gadis ‘Koyak’ Tonton Perlawanan Bola Sepak Baling Tong Sampah Sebelum Diserang

March 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan berani seorang gadis yang membaling tong sampah kepada penyokong sebuah kelab bola mengundang padah apabila dia dikatakan diserang sebelum berlaku pergelutan.

Gadis kena pukul?

Menerusi video pendek dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, seorang gadis memakai baju berwarna merah jambu bertindak membaling tong sampah kepada penyokong bola sepak di tempat kejadian selepas dipercayai kurang senang dengan kata-kata kesat yang dilemparkan.

Berang dibaling tong sampah, penyokong tadi bertindak menyerang gadis berkenaan sebelum dihalang oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Dalam satu video yang lain, dapat dilihat berlaku pertengkaran di antara kedua-dua penyokong yang masih tidak berpuas hati. Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di mana dan tiada sebarang laporan rasmi daripada media tempatan.

Ciapan tersebut kini telah meraih 2.5k tanda retweet dan 3.8k tanda suka.

Gara-gara baling tong sampah

Sumber: Robot Duit

SKIP THIS AD ×