berita

[VIDEO] Gambar Awesome Yang Korang Boleh Tangkap di Gegaria

January 26th, 2018 | by megat syamim
Kini Trending

Walaupun Festival GEGARIA di Setia City Mall dah berlangsung 2 minggu lepas, kemeriahannya dapat admin rasakan sampai ke hari ni.

Penuh timeline media sosial admin dengan gambar dan video pengunjung yang datang. Ada satu video pengunjung tu, siap suruh artis menanyi lagu “Happy Birthday” lagi ya. Hamboi korang, kemain!

Konsep Festival GEGARIA kali ni juga menarik! Banyak art installation yang korang boleh bergambar.

Jadi video kali ni, admin nak share “Spot-spot Menarik untuk Bergambar di GEGARIA!” Apa lagi? Jom kita layan.

Wah! Siap bergambar ala-ala ‘Superman’ eh Rudy kat sana. Jealous pulak admin rasa sebab tak ada gambar macam tu. Tapi kalau dah background cantik, tangkap gambar macam mana pun akan jadi cantik.

Masa untuk Gegarkan Festival GEGARIA Di Angsana Johor Bahru!

Buat warga Selatan Malaysia, jom kita gegarkan Festival GEGARIA yang bakal berlangsung di perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru pada 3 Februari 2018 ini. Sure ‘havoc’ punyalah.

Banyak aktiviti menarik yang korang boleh join. Nak tau lebih lanjut, korang boleh baca artikel kat bawah ni!

Artikel berkaitan: GEGARIA Bakal ‘Gegarkan Johor Bahru Pula, Lebih Banyak Aktiviti Menarik Menanti Korang

Jadi siap sedia dengan kamera dan phone korang untuk bergambar di GEGARIA! Dah bergambar tu jangan lupa pulak untuk upload kat media sosial dengan menggunakan #GoGegaria & GegariaFest. Gambar-gambar yang menarik akan dikongsikan di account instagram GEGARIA.

Untuk ikuti perkembangan lanjut mengenai GEGARIA, korang boleh follow media sosial GEGARIA seperti berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/gogegaria/

Instagram: https://www.instagram.com/gogegaria/

The following two tabs change content below.

megat syamim

"Kadang-kadang kita kena lepaskan benda yang baik, untuk dapatkan yang lebih baik."