berita

[VIDEO] Game The Detectives Buat Bront Palarae & Fikry Ibrahim Pecah Kepala Selesaikan Kes.

June 22nd, 2020 | by Hanis Aliaa
Shout Out!


Selepas menempa kejayaan dalam musim pertama, siri original Viu, The Bridge kini kembali menemui korang untuk musim kedua. Mengisahkan pembunuhan kejam yang berlaku di Malaysia dan Indonesia, musim baru kali ini disulami dengan tema rasuah, dendam dan berlatarbelakangkan dunia gelap yang sinonim di rantau Asia.

Diarahkan pengarah, TJ Lee, The Bridge musim kedua sudah pun ditayangkan sejak 15 Jun lalu. Korang boleh tonton siri 10 episod ini pada setiap Isnin jam 9 malam.

Team SAYS Seismik sempat interview 2 pelakon kacak The Bridge Season 2


Pelakon kacak yang dimaksudkan ialah Bront Palarae dan Fikry Ibrahim. Mereka juga bermain satu game iaitu ‘The Detectives’. Dalam game tersebut, mereka adalah seorang detektif dan harus mengenal pasti lokasi kejadian berdasarkan klu-klu yang diberikan.

Setiap seorang boleh menanyakan satu soalan pada setiap klu-klu yang diberikan dan jawapan diberikan adalah sama ada ya atau pun tidak. Tonton video penuh temu bual dan game yang mereka main di bawah:

Agak-agak siapa yang menang?


Haa, kalau korang nak tahu siapa yang berjaya teka lokasi kejadian dengan betul, jangan lupa tengok video ni sampai habis okay!

Yang penting, korang tengok The Bridge Season 2 setiap Isnin pukul 9 malam di Viu Malaysia. Kalau korang terlepas The Bridge Season 1, boleh terus ke www.viu.com untuk tontonan secara percuma. Dapatkan aplikasi Viu di Google Play atau App Store sekarang!

Sediakan popcorn okay dan selamat menonton!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×