Pelakon sedang meningkat naik, Sharifah Rose menerima kecaman daripada netizen selepas tular video bertemu dengan artis tersohor Thailand, Bright Vachirawit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyian Bright Vachirawit Cuit Hati Pendengar – ‘Mas Idayu Komen Please…’
Bersalam dengan Bright
@byvnbaek SHARIFAH ROSE WITH BRIGHT #bbrightvc #fyp? ? ???????????? – ?????
Menerusi video di TikTok, Rose kelihatan teruja dan tersenyum lebar apabila dapat bersua muka dengan Bright di sebuah majlis yang diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Rose yang menjadi salah seorang wakil dari Malaysia naik ke pentas sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Bright.
Kemudian, pelakon berumur 24 tahun itu dilihat tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila dapat bertemu dengan aktor kacak tersebut.
Pengacara majlis juga sempat berseloroh dengan menyatakan ,’saya tak rasa tiada sesiapa akan basuh tangan mereka.’
Selain Rose, antara barisan selebriti lain yang hadir adalah Adriana Adnan, Yazmin Aziz, Nadia Anuar, Atiq Azman dan Adeline Tsen.
Mana boleh bersentuhan
Tindakan pemilik nama Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira itu telah mengundang kritikan kerana telah melanggar batas pergaulan dalam Islam.
Selain itu, ada juga yang ‘sakit mata’ memandangkan pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard membawa imej wanita bertudung.
Malah, segelintir netizen mendakwa Bright terkejut dengan respon yang diberikan oleh personaliti media sosial terbabit.
Sumber: TikTok