berita

[VIDEO] Gara-Gara Buat Challenge Makan Pedas, Sesuatu Yang Mengejutkan Berlaku Kepada Youtuber Ini…

November 25th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, challenge atau cabaran memakan makanan pedas sudah menjadi trend di Malaysia dan juga luar negara. Walaupun makanan pedas ini mampu menambahkan selera makan penggemarnya tetapi disebalik kepedasan itu tersimpan seribu satu risiko dan kesan negatif terhadap kesihatan seseorang.

Terbaru, hasrat seorang Youtuber, Hugo Lara merakam video untuk kandungan Youtube nya terbantut selepas dia dikejarkan ke hospital akibat tercekik selepas melakukan cabaran memakan cili Habanero yang juga merupakan cili paling pedas di dunia.

Batuk dan tercekik

Menerusi Mirror Uk, Lara merakam video cabaran ini bersama dua orang kakaknya sebelum insiden mengejutkan itu berlaku. Dalam rakaman video itu, dilihat Lara memasukkan dua cili kedalam mulutnya dengan harapan untuk menghabiskan cabaran tersebut. Manakala, kakak-kakaknya pula berpura-pura seolah-olah mahu memakan cili itu.

Tidak lama selepas memakan cili tersebut, Lara dilihat mula batuk teruk dan seakan-seakan dia sedang tercekik. Pada awalnya, dua kakaknya seperti tidak menyedari kejadian itu sehinggalah Lara dilihat agak struggle untuk menghabiskan cabaran berkenaan. Cemas dengan situasi tersebut, mereka kemudian membawa Lara duduk di sofa untuk menenangkannya tetapi keadaan Lara dilihat semakin teruk sehingga dia mengalami sesak nafas.

Detik cemas, dikejarkan ke hospital

Mereka yang berada di situ cuba untuk membantu Lara dengan memberi air kosong dan menepuk-nepuk bahagian belakangnya tetapi tindakan mereka itu tidak berjaya menenangkan keadaan. Bimbang dengan keadaan kesihatan Lara yang dilihat semakin teruk, dia kemudian terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Tidak lama selepas itu, kakak Lara yang dikenali sebagai Yazmin memberitahu bahawa keadaan adiknya semakin baik tetapi dia masih perlu mengambil ubat.

Keadaan Hugo Lara kini stabil. Kami tidak menjangkakan cabaran itu menjadi di luar kawalan. Kami menyiarkan video itu supaya kamu lihat sendiri apa yang berlaku.

Sementara itu, Lara juga ada memuat naik satu status di laman Facebooknya dengan menulis ‘Feeling bettter’ yang menunjukkan bahawa keadaan kesihatannya semakin pulih dan sihat.

Video ini kemudian dimuat naik di saluran YouTube Hugo Lara dan mendapat tontonan lebih 600,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Sumber: Mirror Uk, Youtube

SKIP THIS AD ×