Tindakan seorang mak cik yang menarik leher pelakon, Bella Astillah untuk menciumnya pada Kenduri Rakyat di Muar telah mencetuskan perhatian orang ramai.

Artikel Berkaitan: Individu Jual ‘Doorgift’ BASS Pada Harga RM350 Di Platform Dalam Talian

Artikel Berkaitan: Team BASS Sediakan Enam Hadiah Istimewa Buat Syed Saddiq & Bella Astillah

Cekup

View on Threads

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Bella bersama suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sedang menyantuni tetamu yang hadir pada kenduri tersebut.

Insiden tersebut mendorong rakan Bella, Pino untuk lebih berwaspada dan tidak membenarkan orang lain mencium penyanyi itu.

Sebab seorang mak cik cium, semua orang tak boleh cium dah semasa di pelamin.

Saya tak bagi.

Hantaran tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu berkenaan yang memperlakukan Bella sedemikian rupa.

Komen netizen

Sumber: Threads