berita

[VIDEO] Gara-Gara Lupa Tutup Mikrofon, Pensyarah Terkejut Tiba-Tiba Ada Pelajar Jerit Suruh Diam

June 24th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Semua pelajar pada ketika ini masih mengikuti kelas dalam talian gara-gara kes peningkatan wabak COVID-19 masih lagi berada di paras yang membimbangkan. Meskipun para pelajar mengadu bahawa mereka tertekan belajar dalam talian, namun terdapat juga kisah lucu di sebaliknya.

Tiba-tiba jerit sampai satu kelas terkejut

Menerusi video yang dimuat naik oleh Putri Anis Anisya di akaun TikToknya, kelihatan gadis berkenaan sedang fokus belajar sepanjang mengikuti kelas dalam talian, namun pada ketika itu dia lupa untuk menutup mikrofon sebelum kejadian yang melucukan berlaku.

Ketika pensyarahnya sedang mengajar, dilihat seperti kelibat seorang gadis sedang berjalan semasa Putri sedang mengikuti kelas dalam talian berkenaan.

Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba Putri menjerit ‘diamlah’ dengan nada yang kuat sehingga menyebabkan seluruh rakan kelas dan pensyarahnya terkejut. Sejurus menyedari yang dia sebenarnya terlupa untuk menutup mikrofonnya, gadis berkenaan terus meminta maaf dengan apa yang telah berlaku.

Video yang berdurasi 44 saat itu telah meraih sebanyak lebih sejuta tontonan dalam masa sehari dan mendapat lebih 200 ribu likes di TikTok.

‘Garang gila’

@putrianisanisyaPlease make sure to mute or off the camera ? ill never forget this ##fyp? Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

‘Member baju biru tu terbeliak mata’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat gadis berkenaan dan ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa begitulah suara perempuan sebenar ketika berada di rumah.

Sumber : putrianisanisya

 

SKIP THIS AD ×