berita

[VIDEO] Gelagat Guru Tak Kekok Menari Bersama Murid Berjaya Curi Perhatian Netizen

January 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Bagi memastikan setiap pelajar gembira dan bersemangat untuk menimba ilmu di sekolah, seorang guru yang dikenali sebagai Muhammad Saiful ini mempunyai cara tersendiri untuk membuat kesemua anak muridnya gembira. Kalau korang nak tahu apa yang guru ini lakukan, jom baca!

Hip for fun

Menerusi Facebook Guru Besar Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Segamat, Johor iaitu En FairusLoy, dia berkongsi beberapa video yang menunjukkan cikgu Muhammad Saiful sedang mengetuai persembahan tarian daripada anak-anak muridnya yang berada di atas pentas.

Guru tersebut kelihatan tidak kekok malah turut menari di hadapan ramai pelajar dan guru yang lain. Gelagat guru itu turut menjadi viral di media sosial apabila netizen terhibur dan kagum dengan bakat yang ada dalam diri guru tersebut.

This is fun and enjoyable

Sumber: En Fairusloy

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.