Gelagat selamba anak perempuan pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam iaitu Rina berlagak matang daripada usia sekali lagi meraih perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rina Tenang Selepas Tertumpah Air, Didikan Ryzal & Maryam Dipuji Netizen – ‘Bijak Sangat Budak Ini’

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Tak Cantik Selepas Peluk Islam, Maryam Durian Kimchi Jawab ‘Dah Enam Tahun’

‘Tak boleh ikut pak cik jahat’

Menerusi perkongsian di Instagram, Maryam atau nama sebenarnya You Narae, 32, memuat naik video memaparkan momen mereka anak-beranak sedang menyanyi lagu dalam bahasa Korea.

Sekiranya diterjemahkan dalam bahasa Melayu, lagu tersebut merupakan satu peringatan buat Rina supaya jangan mudah mengikuti orang yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, Rina yang mula faham dengan lirik itu mengingatkan Maryam supaya tidak mengikut ‘pak cik jahat’ hingga mencuit hati warganet.

Omma tidak boleh ikut ‘pak cik jahat’ tau. Pegang tangan Rina kuat-kuat, faham?

Kalau Omma tak pegang tangan Rina nanti Omma kena tangkap dengan ‘pak cik jahat’.

Maryam kemudiannya memberi contoh situasi kepada Rina dengan menyatakan ‘pak cik jahat’ itu mungkin akan memujuk dengan mahu membelikan gincu.

Pun begitu, jawapan Rina membuatkan Maryam ketawa terbahak-bahak kerana tidak menyangka anaknya bijak dalam mengendalikan situasi.

Omma sudah ada gincu di rumah.

Tidak boleh ikut ‘pak cik jahat’.

Komen netizen

Sumber: Instagram